Saturday, 29 Rabi'ulakhir 1446
Saturday, 02 November 2024

Latest at PTAR

Sesi Perkongsian Ilmu oleh PTAR di Kuliah Pakar Internasional, UIN Sunan Kalijaga: Persediaan Menghadapi Latihan Industri Antarabangsa

Sesi Perkongsian Ilmu oleh PTAR di Kuliah Pakar Internasional, UIN Sunan Kalijaga: Persediaan Menghadapi Latihan Industri Antarabangsa

Yogyakarta, 3 Oktober 2024 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini telah mengadakan sesi perkongsian ilmu yang bertajuk "Preparing for a Transformative Internship Experience: A Collaborative Sharing from UiTM Library" di Fakultas Adab dan Ilmu Budaya, Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta. Sesi tersebut disampaikan oleh Puan Nurul Aida Noor Azizi, Pustakawan Kanan dari Unit Pembangunan Bakat, PTAR.

Program ini dihadiri oleh seramai 100 orang mahasiswa semester 3, 5, dan 7 dari UIN Sunan Kalijaga yang bakal menjalani latihan industri antarabangsa di PTAR, serta 6 orang pensyarah dari program Studi Ilmu Perpustakaan. Tujuan utama sesi ini adalah untuk memberikan pengenalan dan motivasi kepada para pelajar yang akan mengikuti latihan industri, sekaligus membantu mereka bersedia menghadapi pengalaman latihan diperingkat antarabangsa yang memberi transformasi baharu kepada pengalaman praktikal mereka.

Melalui sesi ini, para pelajar dan staf akademik di UIN Sunan Kalijaga berpeluang untuk memperoleh ilmu secara langsung daripada pakar industri perpustakaan akademik, membolehkan mereka mendapat perspektif yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai latihan industri di institusi perpustakaan berprestij seperti PTAR. Sesi perkongsian ini juga bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang pendidikan dan latihan perpustakaan.

Program yang berlangsung pada 3 Oktober 2024 ini berjaya mencapai matlamatnya dengan memberikan motivasi dan inspirasi kepada para mahasiswa untuk bersedia menjalani latihan industri mereka dengan lebih yakin dan bersemangat.

Sumber: Facebook

Tags: ,