Wednesday, 17 Muharram 1446
Wednesday, 24 July 2024

Latest at PTAR

Teaching Library Siri 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Teaching Library Siri 5 merupakan penutup bagi projek yang telah dijalankan bermula Mei 2024 yang dihadiri 43 orang pelajar dari program CDIM260 Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, Kolej Pengajian Sains Maklumat Kampus Puncak Perdana. Fokus pada siri kali ini adalah kepada perkongsian pengalaman oleh pustakawan dalam bidang kepustakawanan khususnya dalam bidang perkhidmatan rujukan. Para pelajar turut didedahkan kepada cara penyampaian perkhidmatan rujukan secara fizikal dan atas talian. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Hani Liza Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor) dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli (Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan). Selain itu, pustakawan turut berkongsi skil dan kompetensi yang diperlukan sebagai seorang pustakawan rujukan. Satu sesi kuiz turut dijalankan untuk menilai kefahaman secara keseluruhan para pelajar terhadap modul-modul yang telah disampaikan pada siri-siri sebelum ini.
 
Majlis penutup ringkas turut dihadiri oleh:
 
1.Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
2.Dr. Hjh. Zalifah Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
3.Puan Azura Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan, Jabatan Arkib Universiti)
4.Puan Norazlin Mohd. Yusoff (Pustakawan Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
5.Puan Eza Eliana Binti A Wahid (Pustakawan Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
6.Encik Muhammad Zaidie Bardan (Pustakawan Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
7.Puan Siti Salwa A. Rahman (Pustakawan Kanan, Jabatan Pengurusan Perpustakaan)
 
Manakala, wakil Kolej Pengajian Sains Maklumat, KPPIM adalah :
 
1.Dr. Husain Hashim (Ketua Pusat Pengajian Sains Maklumat)
2.Dr. A’dillah Mustafa (Pensyarah Kanan)
3.Puan Nor Aliah Abdullah (Pensyarah)
 
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak Kolej Pengajian Sains Maklumat, para tenaga pengajar, pelajar-pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langsung serta tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga projek Teaching Library ini diteruskan dan diperluaskan untuk memberi manfaat kepada mahasiswa yang bakal meneruskan kerjaya sebagai seorang pustakawan pada masa akan datang. Manfaat Teaching Library ini akan memberi nilai tambah kepada Perpustakaan sebagai institusi yang membudayakan ilmu kepada warga UiTM khususnya mahasiswa Kolej Pengajian Sains Maklumat Kampus Puncak Perdana.
 
Semoga terus cemerlang dan maju jaya !
 

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian