Thursday, 15 Rabi'ulawal 1446
Thursday, 19 September 2024

Latest at PTAR

Program Teaching Library Siri 1 & 2

Julung kalinya, Teaching Library telah diadakan dengan kerjasama PTAR UiTM Shah Alam dan Kolej Pengajian Sains Maklumat, Kampus Puncak Perdana. Teaching Library ini dihasratkan untuk dijadikan tempat pendidikan bagi bakal Profesional Maklumat dan penyebaran ilmu kepustakawanan serta latihan kepakaran kepada pelajar Pengurusan Perpustakaan. Para pelajar akan diberikan pendedahan berbentuk pengalaman “hands-on”/praktikal yang signifikan dan berkait langsung dengan kurikulum pengajian. Sebagai permulaan projek rintis Teaching Library ini, ia melibatkan para pelajar yang mengikuti kursus IML465: DIGITAL REFERENCE SERVICES/PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DIGITAL. Pelajar berpeluang untuk bersama-sama Pustakawan dalam memahami pengurusan dan pengendalian perkhidmatan rujukan digital yang sebenar.

Siri 1 & 2 yang telah berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2024 bertempat di PTAR UiTM Shah Alam ini, telah dihadiri seramai 43 orang pelajar Semester 2 dari Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan. Turut hadir bersama adalah 2 orang pensyarah pengiring, Dr. A'dillah Mustafa dan Puan Nor Aliah Abdullah. Melalui program ini para pelajar telah didedahkan kepada platform perkhidmatan Rujukan Digital yang digunapakai di seluruh sistem Perpustakaan UiTM.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh:
- Puan Hani Liza binti Norfin (Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
- Encik Mohd Izwan bin Salim (Pustakawan Kanan, Perpustakaan Digital)
- Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli (Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

Selain itu, para pelajar turut diberikan peluang sesi coaching yang turut dibantu oleh:
- Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
- Encik Muhammad Farid Zulhilmi bin Zulkafli (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
- Encik Muhammad Nur Azri bin Salmi (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)

Melalui sesi ini, pelajar didedahkan secara langsung kepada "tips dan teknik" kaedah pelaksanaan perkhidmatan Rujukan Digital dengan menggunakan platform digital yang dibangunkan oleh Perpustakaan UiTM.

 

 

Tags:

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian