Wednesday, 25 Jamadilawwal 1446
Wednesday, 27 November 2024

Kenali Rekod Penting Universiti & Kepentingan Penyerahan Rekod Penting Universiti

PAMERAN MAYA: KENALI REKOD PENTING UNIVERSITI & KEPENTINGAN PENYERAHAN REKOD PENTING UNIVERSITI

Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Unit Arkib UiTM Cawangan bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia iaitu :

Memperolehi rekod awam yang dalam jagaan atau dibawah kawalan sesuatu pejabat awam, kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara melalui proses pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

Sehubungan itu, ianya akan disimpan dan dipelihara di Jabatan Arkib Universiti/Unit Arkib UiTM Cawangan sebagai Memori Institusi (Institutional Memory). Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Warga UiTM Cawangan Perlis jenis- jenis rekod penting universiti serta kepentingan penyerahan rekod- rekod penting kepada Unit Arkib, PDJH, UiTM Cawangan Perlis.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:-

Cik Nor Azrina binti Kasim (Pustakawan)

No Telefon Pejabat: 04-988 2056

Whatsapp Business: https://wa.me/message/MLYU4JIZLIQKE1

Chat with Librarian: http://qr.library.uitm.edu.my/1d9