Thursday, 15 Rabi'ulawal 1446
Thursday, 19 September 2024

Library Event

Sesi Meet and Greet : Let’s Seal The Deal Bersama Ketua-Ketua Program Fakulti Undang-Undang (FUU)

Satu pertemuan bersama Ketua-Ketua Program Fakulti Undang-Undang telah dilaksanakan melalui sesi Meet and Greet : Let’s Seal The Deal pada 03 Mei 2024 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Kompleks Cempaka. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTAR serta perkongsian maklumat berkenaan dengan bahan silibus dan sumber bahan rujukan elektronik universiti yang khusus kepada subjek perundangan.

Tim PTAR telah diketuai oleh Pn. Hani Liza Norfin (Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelanggan), Pn. Aznur Umiza Abu Kassim (Ketua Jabatan Sumber Rujukan Universiti), Dr. Adlina Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan) Pn Masnida Hanim Che Mahmood (Pustakawan Kanan). Turut hadir bersama 3 orang wakil dari PTAR Undang-Undang iaitu Puan Hanani Rojikin (Ketua Perpustakaan Fakulti), En. Fariz Azuan Harun (Pembantu Pustakawan Tertinggi) dan En. Herman Tanbeh (Pembantu Pustakawan Tertinggi). Sesi yang berlangsung selama hampir 2 jam ini dipengerusikan oleh Dr. Bahrin Othman (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar).

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian