Tuesday, 13 Rabi'ulawal 1446
Tuesday, 17 September 2024

Library Event

Bengkel Pengukuhan dan Pemetaan Proses Kerja Perpustakaan UiTM 2024

Hari Pertama Bengkel Pengukuhan dan Pemetaan Proses Kerja Perpustakaan UiTM pada 26 Jun 2024 di Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam yang dihadiri seramai 48 orang yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Bahagian dan Pegawai Dokumen Kualiti daripada PTAR Shah Alam dan Cawangan. Ucapan Pembukaan oleh Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM. Antara perkara penting yang beliau tekankan dan perlu diberi perhatian adalah memastikan keperluan semasa serta warga universiti menjadi keutamaan dalam usaha memperkasakan perkhidmatan perpustakaan di seluruh Perpustakaan UiTM. Beliau juga yakin bahawa Perpustakaan UiTM sentiasa menjadi pakar rujuk oleh Universiti, organisasi dan agensi lain kerana kemampuan mengendalikan institusi terbesar Malaysia. Justeru itu, pemantapan perkhidmatan yang dikemaskini akan memastikan hala tuju perkhidmatan pepustakaan kekal relevan. Bengkel dikendalikan oleh Puan Nor Azwani Mohamad selaku Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik diikuti Sesi 1 Pengemaskinian Fungsi dan Proses Kerja dan Sesi 2 Mengenalpasti dan pemetaan Punca Kuasa/Perundangan:
 
  • Akta/Undang-Undang, Pekeliling/Peraturan, Arahan, Standard dan Garis Panduan/Tatacara.
  • Bengkel hari kedua akan berlangsung esok dengan pembentangan kumpulan dan rumusan bengkel.

 

 

Tags:

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian