Friday, 16 Rabi'ulawal 1446
Friday, 20 September 2024

Library Event

Sambutan Kemuncak Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2023 | 9 Jun 2023

Sambutan kemuncak Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2023 telah berlangsung dengan jayanya yang bertempat di Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam. Majlis kemuncak ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Kmuniti & Alumni) YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YBhg. Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi (Rektor UiTM Kelantan), YBrs Encik Ahmad Amiri Mohamad (Ketua Jabatan Arkib Universiti/Pengerusi Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM 2023) dan YBrs Dr. Hajah Zahrah Mokhtar (Mantan Pendaftar UiTM).

Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) dan seterusnya ucapan perasmian dari YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Haji Abdullah.

Dalam majlis ini, turut diadakan penyampaian sijil dan hadiah bagi pembentangan poster terbaik dan pembentang terbaik menerusi amalan terbaik di perpustakaan masing-masing.
Tahniah diucapkan kepada Unit Arkib Cawangan Johor, Cawangan Melaka dan Cawangan Perlis kerana telah berjaya memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Dan tahniah diucapkan kepada pembentang terbaik iaitu Cik Nor Azrina binti Kasim (Unit Arkib Cawangan Perlis).

Bagi penyertaan dari Universiti Awam, tahniah diucapkan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masing-masing memenangi tempat pertama dan kedua. Pembentang terbaik dimenangi oleh YM Raja Mariam binti Raja Mohd Esa dari USIM.

Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik 2022 pula telah dimenangi oleh Bahagian Audit Dalam (Pertama), Unit Integriti (Kedua) dan Bahagian Hal Ehwal Islam (Ketiga).Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan lawatan ke pameran-pameran yang telah disediakan untuk para pengunjung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian