Friday, 16 Rabi'ulawal 1446
Friday, 20 September 2024

Library Event

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2023 | 6 Jun 2023

Mewakili seluruh warga perpustakaan UiTM, ingin mengucapkan Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2023 kepada semua yang bergelar 'Pustakawan' di seluruh Malaysia.

Segala ilmu dan kemahiran anda sentiasa dihargai dalam memastikan penyediaan setiap perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan serta maklumat yang disampaikan kepada pengguna perpustakaan adalah tepat dan bersesuaian bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran universiti.

Tema pada tahun ini adalah "Masyarakat Digital Madani : Peluang Memacu Perubahan" dilihat sebagai salah satu peranan pustakawan dalam perubahan ke arah pendigitalan terutamanya pendedahan di kalangan masyarakat dan komuniti. Pustakawan perlu mempunyai daya cipta kreatif dan inovatif bagi manarik minat pengguna kepada perpustakaan. Kolaborasi/kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta juga dilihat penting bagi memastikan masyarakat dan komuniti tidak ketinggalan dalam era digital ini.

Jadi, selamat menyambut Hari Pustakawan Malaysia! Kita hebat!

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian