Monday, 26 Rabi'ulawal 1446
Monday, 30 September 2024

Library Event

Kertas Soalan Peperiksaan Sesi II 2023/2024 Kini Tersedia di Sistem EQPS

Kertas Soalan Peperiksaan Sesi II 2023/2024 Kini Tersedia di Sistem EQPS

Shah Alam, 1 Oktober 2024 – Sukacita dimaklumkan bahawa kertas soalan peperiksaan bagi Sesi II 2023/2024 kini tersedia untuk diakses oleh pelajar dari Program Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, dan Sarjana. Kertas-kertas soalan ini boleh didapati melalui Electronic Question Paper System (EQPS) di pautan https://exampaper.uitm.edu.my.

Sistem EQPS telah dikemas kini dengan kertas soalan bagi sesi Oktober 2024, memberikan kemudahan kepada pelajar untuk membuat rujukan bagi persediaan peperiksaan akan datang. Walau bagaimanapun, pihak perpustakaan ingin mengingatkan bahawa sistem ini hanya menyediakan kertas soalan dan tidak termasuk skema jawapan, sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Pelajar digalakkan untuk memanfaatkan sistem EQPS ini bagi memudahkan proses pembelajaran dan persiapan peperiksaan mereka. Sistem ini terbuka kepada semua pelajar UiTM yang berdaftar dan memerlukan akses kepada koleksi kertas soalan daripada sesi-sesi peperiksaan terdahulu.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, pelajar boleh menghubungi Perpustakaan Tun Abdul Razak atau melayari laman web rasmi PTAR bagi informasi terkini.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian