Friday, 16 Rabi'ulawal 1446
Friday, 20 September 2024

Library Event

Serambi Ilmu Rakyat (SIR Corner)

Serambi IlMU Rakyat merupakan salah satu Projek Khidmat Komuniti (CSR) oleh Perpustakaan Digital Bank Rakyat. Ia berkonsepkan perkongsian sumber maklumat secara digital dan fizikal.

Sebanyak 7 pangkalan data merangkumi lebih 100 ribu koleksi digital boleh diakses melalui kiosk yang disediakan. Pangkalan data tersebut adalah:

  1. Emerald
  2. Overdrive
  3. BLIS
  4. e-Law
  5. e-Newspaper
  6. RAM Rating
  7. Pressreader

Semua pangkalan data tersebut adalah bagi subjek perniagaan, kewangan, ekonomi serta bacaan umum.

   

Perpustakaan UiTM telah menerima sumbangan berbentuk pc, meja, dan kerusi sebagai kiosk pengguna dan diletakkan di aras 4 bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak di Shah Alam bersebelahan dengan meja konsultasi. Pangkalan data ini juga boleh diakses oleh warga UiTM melalui Portal MyKM pada menu Information Resources > Online Database > EzAccess. Pengguna boleh mendapatkan akses kata laluan bagi database tersebut melalui perkhidmatan Chat with Librarian pada bila-bila masa.

Adalah diharap warga UiTM dapat memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan sebaiknya.

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian