Lawatan Pusat Sumber MIMA ke PTAR

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
6 Mei 2024 | 27 Syawal 1445H
 
Pusat Sumber Institut Maritim Malaysia (MIMA) telah mengadakan lawatan dan perbincangan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Tujuan lawatan ini adalah:
 
1. Mengeratkan hubungan antara Pusat Sumber MIMA dan PTAR.
2. Sesi perkongsian dan perpindahan ilmu dan teknologi (Knowledge and Technology Transfer) berkenaan pengumpulan, pendigitalan koleksi bahan perpustakaan di UiTM Institutional Repository.
3. Perkongsian maklumat mengenai My Knowledge Management (MyKM) yang merupakan personalized services yang disediakan kepada pengguna perpustakaan.
 
Sesi lawatan ini dihadiri oleh:
 
Wakil PTAR:
1. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan (Ketua Pustakawan)
2. Dr. Hajah Zalifah binti Awang Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan), Jabatan Perpustakaan Digital
3. Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir (Pustakawan Kanan), Jabatan Perpustakaan Digital
 
Wakil MIMA:
1. Encik Mohd Khairulanuar bin Manshor (Ketua Penerbitan & Pusat Sumber MIMA)
2. Encik Mohamad Amarfarhan bin Aminuddin (Pustakawan MIMA)
3. Encik Muhammad bin Zakaria (IT Eksekutif)
4. Encik Zainol bin Azman (Pereka Grafik)
5. Puan Nor Asfasyuhada binti Abdullah (Pembantu Pustakawan)
 
Taklimat bagi sesi lawatan ini telah disampaikan oleh Ts. Haji Azizi dan lawatan kerja juga diadakan dengan melihat kepada peralatan pendigitalan yang digunakan oleh pihak PTAR untuk proses tersebut.
 

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian