Friday, 14 Rabi'ulakhir 1446
Friday, 18 October 2024

Perbincangan Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM

Satu perbincangan telah diadakan diantara Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan, PTAR UiTM Shah Alam bersama Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam 2023/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat, PTAR UiTM Shah Alam.

Perbincangan ini telah diketuai oleh Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan/Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan) serta pustakawan dari Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan iaitu

  1. Puan Azura binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan),
  2. Puan Nor Hafizah binti Md Hanafiah (Pustakawan Kanan),
  3. Puan Siti Rohayu binti Mohamad Yusof (Pustakawan Kanan),
  4. Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan
  5. Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli (Pustakawan).

Agenda perbincangan ini memfokuskan kepada penganjuran program bersama Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan, PTAR bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar untuk tahun 2024 yang melibatkan mahasiswa universiti, komuniti dan alumni.

Pelbagai program telah dirancang dan diharap dapat dilaksanakan pada tahun 2024 bersama barisan MPP yang baharu ini.

 

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian