Wednesday, 17 Muharram 1446
Wednesday, 24 July 2024
Perbincangan Agenda Pelaksanaan Bidang Kerjasama MoU Antara UiTM – Institut Integriti Malaysia

Perbincangan Agenda Pelaksanaan Bidang Kerjasama MoU Antara UiTM – Institut Integriti Malaysia

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan mengenai penerbitan dan perkongsian bahan bacaan berkaitan Integriti dan Tata Kelola pada 17 Mei 2023 tepat jam 11:30 pagi hingga 1:00 petang. 

Kedua-dua pihak telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan inisiatif penerbitan dan perkongsian bahan ini sebagaimana terkandung dalam agenda pelaksana MOU UiTM dan IIM. 

Perbincangan yang diadakan di Bilik Seminar, PTAR ini telah dipengerusikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan yang Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan iaitu Tuan Ts. Hj. Azizi bin Haji Jantan dan turut dihadiri oleh wakil PTAR dan IIM seramai tujuh orang seperti berikut: 

Wakil PTAR: 

  1. Puan Aznur Umiza Abu Kassim (Ketua Jabatan Sumber Rujukan Universiti) 
  2. Puan Shahidatul Akhmam Rambeli (Ketua Bahagian Korporat & Kolaborasi) 
  3. Puan Masnida Hanim Che Mahmood (Pustakawan Kanan) 
  4. Encik Mohd Izwan Salim (Pustakawan Kanan) 

Wakil IIM:

  1. Puan Alice Suriati Mazlan (Ketua Seksyen Komuniti Korporat)
  2. Encik Fison Hamdi Ahmad (Ketua Seksyen Advokasi & Latihan)
  3. Encik Muhammad Rasyid (Pustakawan)

Perbincangan ini telah menghasilkan persetujuan bersama mengenai aktiviti-aktiviti berikut:  

  1. Visibility link IIM di website PTAR dan link PTAR di website IIM.                                               
  2. Penyerahan bahan bercetak terbitan IIM kepada seluruh sistem perpustakaan UiTM.  
  3. Program bual bicara warga IIM berkaitan integriti dengan kerjasama PTAR diadakan di ruang media PTAR.
  4. Kemudahan dan fasiliti PTAR ditawarkan kepada IIM untuk mengadakan program dan latihan.
  5. Keahlian luar warga IIM serta warga UiTM menjadi ahli luar IIM.
  6. Mempromosi penerbitan IIM kepada penyarah UiTM untuk penulisan buku dan lain-lain.
  7. Pertandingan Reading Corner kepada semua PTJ UiTM dengan memberikan fokus berkaitan koleksi/bahan bacaan integriti dan tata kelola.

 PTAR juga akan membuat kunjungan balas ke atas IIM dalam masa terdekat. 

Pautan IIM : https://www.iim.gov.my/

 

 

Tags:

Contact Us

Corporate Communication Division
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Division
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.