Projek Braillethon yang dilaksanakan pada 9-10 Jun 2024 telah menempa nama UiTM di dalam Malaysia Book Of Records bagi perkara rekod salinan digital terbanyak daam satu program iaitu sebanyak 250 salinan buku digital kepada tulisan braille. Program ini merupakan anjuran Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Shah Alam dan KL Braille Resources. Program selama 2 hari ini berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam dengan slogan Helaian Ilmu Membawa Cahaya.
Di dalam projek ini, PTAR berperanan sebagai
- membuat semakan penulisan (proofread) kepada bahan yang telah disalin
- membuka reruai bagi promosi perpustakaan
- menyediakan bahan bacaan fizikal
- dan juga turut serta sebagai peserta
Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM - Ts. Hj. Azizi Jantan merupakan Penasihat 1 bagi program ini.
Turut dilancarkan buku terbitan Perpustakaan Tun Abdul Razak - Repositori Minda Naib Canselor UiTM yang telah disalin semula ke dalam bentuk tulisan braille.
Pautan Berkaitan
- Universiti Disaran Contohi Usaha UiTM Tingkat Kemudahan OKU oleh BERNAMA dan Astro Awani
- Tingkat Kemudahan OKU; Universiti Disaran Contohi Usaha UiTM oleh Berita RTM
- Prosedur Return To University (R2U), Program Komprehensif Bantu Golongan OKU Warga UITM Kembali Ke Universiti oleh KPT
- Majlis Pelancaran "Return To University" (R2U) & Majlis Apresiasi CDMP 2024