Thursday, 26 Jamadilawwal 1446
Thursday, 28 November 2024

About UiTM Libraries

COMPUTER LAB INFORMATION SYSTEM (CLIS) TEAM e-WAVE(2008)

SEOUL INTERNATIONAL INVENTION FAIR ( SIIF ) KOREA(2008)

COMPUTER LAB INFORMATION SYSTEM (CLIS) TEAM e-WAVE(2008)

 

KELEWATAN MENDAPATKAN STATISTIK PENDAFTARAN PENGGUNA PUSAT IT (Kumpulan e-WAVE dari Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)

 

Ringkasan Projek:

Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Pusat IT di PTAR sebelum wujudnya sistem CLIS - Computer Lab Information System, menggunakan kaedah lama dimana pelajar akan menulis butiran mereka ke atas buku log. 

 

Antara kesan-kesan yang dihadapi hasil dari kaedah lama ini ialah :

 

Staf sukar untuk membaca buku rekod pendaftaran

Staf tidak dapat mengesan status pelajar

Staf mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan statistik

Staf sukar hendak mengawal pengagihan PC kepada pelanggan

Buku log pendaftaran mudah koyak dan lusuh

Staf sukar hendak mengawal pendaftaran masuk dan pendaftaran keluar

 

Oleh yang demikian kewujudan sistem CLIS yang diberikan kepada pelanggan sekarang adalah lebih sistematik dan lebih teratur melalui sistem pendaftaran secara online dimana pelanggan tidak lagi dikehendaki mencatat butiran peribadi secara manual dalam buku rekod pendaftaran.

 

CLIS merupakan satu sistem pengurusan Pusat IT bersistematik secara online yang boleh diakses di seluruh Perpustakaan UiTM Shah Alam dan Perpustakaan UiTM Kampus Cawangan. 

 

Antara signifikan yang diperolehi oleh Perpustakaan ialah :

 

Sistem ini telah memberi impak kepada Perpustakaan di dalam menguruskan Pusat IT Perpustakaan di UiTM yang mempunyai enrolmen pelajar yang besar. 

Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti staf yang menguruskan Pusat IT dengan lebih berkesan.

Sistem ini dapat menjimatkan masa semasa pendaftaran dijalankan serta capaian maklumat pelanggan adalah lebih cepat dan tepat.

Sistem telah dilaksanakan dengan jayanya di 9 buah Pusat IT Perpustakaan UiTM Shah Alam dan telah digunapakai di 10 Perpustakaan Kampus Cawangan.

Disamping itu juga projek ini juga menepati kehendak Dasar Kualiti Perpustakaan UiTM dimana PUiTM prihatin dan komited dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan berpandukan kepada kepuasan pelanggan dan penambahbaikan yang berterusan serta boleh dicapai melalui kakitangan yang cekap dan mahir, perkhidmatan yang cepat dan tepat, bahan yang komprehensif dan terkini, serta persekitaran yang mesra dan selesa.

 
Sumber Jawatankuasa Inovasi PTAR
https://ptar.uitm.edu.my/inovasi/category/antarabangsa/

 

 

 

Please publish modules in offcanvas position.