Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM dengan penuh sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Profesor Madya Ir Dr Nur Hashimah binti Alias
Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Ketiga dalam Emerald Malaysia ICE Publishing Online Quiz 2025.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, mencerminkan tahap kecemerlangan dan komitmen tinggi beliau dalam bidang akademik serta penyelidikan. Penglibatan aktif dalam pertandingan ilmiah seperti ini bukan sahaja mengangkat nama fakulti dan universiti, malah menyumbang kepada pembangunan budaya ilmu yang dinamik dan progresif.
PTAR mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi kepada Profesor Madya Ir Dr Nur Hashimah atas pencapaian gemilang ini. Semoga terus sukses dan menjadi inspirasi kepada warga UiTM dalam menjulang kecemerlangan ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
UiTM Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan.