PAMERAN SENI CETAK TEKSTIL: PRINT WITH NATURE
🌿 Menghidupkan Corak, Menyatu dengan Alam 🌿
Perpustakaan Tengku Anis dengan kerjasama Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTM Cawangan Kelantan menjemput anda ke pameran istimewa yang meraikan keindahan alam melalui seni cetakan tekstil.
📅 Tarikh: 25 Jun 2025 – 31 Ogos 2025
🕗 Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Lokasi: Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan
Pameran ini mengetengahkan karya-karya yang diinspirasikan oleh elemen semula jadi, diterjemah secara kreatif ke atas fabrik sebagai medium ekspresi seni.
✨ Terbuka kepada:
Pelajar, pensyarah, staf UiTM serta pengunjung luar termasuk pelajar sekolah menengah.
Antara yang menarik menanti anda:
✔ Karya cetakan tekstil bertemakan alam
✔ Aktiviti interaktif (terhad)
✔ Ruang swafoto #PrintWithNature
✔ Penghayatan semula hubungan manusia & alam melalui seni
📷 Gunakan hashtag rasmi ketika berkunjung:
#PrintWithNature #SeniAlamUiTM #CetakTekstil
"4 Dekad Keunggulan, Mencorak Legasi, Membina Generasi"
UiTM Cawangan Kelantan – Championing Datapreneurship, Empowering Community