Pengumuman Pemenang Kuiz ClinicalKey UiTM 2025

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Kuiz ClinicalKey UiTM yang telah berlangsung dari 17 hingga 30 September 2025!

Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UiTM atas penyertaan aktif dalam kuiz ini. Komitmen anda semua telah membantu menjayakan inisiatif pembudayaan ilmu melalui platform ClinicalKey dengan jayanya.

Sebagai makluman, hadiah kepada pemenang akan dihantar terus oleh pihak ClinicalKey ke alamat rumah masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Puan Shahidatul Akhmam, Ketua Unit Sumber Elektronik, di talian 03-5544 3747

Cik Syaakirah Abdul Khalid, Pustakawan Kanan, di talian 03-5544 3729

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih atas sokongan anda semua!