30 April 2025, Rabu - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Meet and Greet PTAR bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Cawangan Melaka. Program dijalankan pada 2.30 petang, di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Mohamad Hafifi Jamri, Pensyarah Kanan, selaku wakil bagi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Cawangan Melaka, bersama 3 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka.
Sesi dimulakan dengan pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi diakhiri dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama.
Hasil dari perjumpaan ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus. PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) di atas kesudian hadir di dalam sesi libat urus ini.