22 April 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah telah menganjurkan program Counseling Outreach bertempat di ruang legar Perpustakaan Sultan Badlishah pada hari ini, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan kesihatan mental serta memperkenalkan perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh pihak universiti. Program ini menyasarkan penglibatan pelajar dan staf akademik dalam suasana santai tetapi bermaklumat.
Antara pengisian menarik sepanjang program termasuk sesi Mini Counseling Booth, aktiviti ekspresif, serta pameran buku-buku berkaitan psikologi dan kesihatan mental oleh pihak perpustakaan. Pelajar turut berpeluang menjalani saringan kesihatan mental ringkas yang dikendalikan oleh kaunselor latihan.
Kolaborasi ini merupakan inisiatif berterusan dalam menyokong agenda kesihatan mental dan literasi maklumat di peringkat kampus. Sekaligus menjadikan perpustakaan antara pusat sokongan emosi dan pembelajaran holistik.