Teluk Intan, 25 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Teluk Intan telah berjaya menganjurkan Program Budaya Ilmu: Ulasan Bahan Bacaan, yang telah berlangsung pada 25 Mac 2025, bertempat di Auditorium UiTM Kampus Teluk Intan. Program ini bermula pada jam 5.00 petang dan mendapat penyertaan daripada pelajar serta staf kampus.
Sesi ulasan buku ini telah disampaikan oleh Puan Suzana Binti Ishak, yang membincangkan kandungan dan pengajaran daripada buku bertajuk "Don't Worry Allah Lebih Tahu Yang Terbaik". Buku tersebut mengetengahkan nilai-nilai murni, kebergantungan kepada Tuhan, serta hikmah di sebalik setiap ujian yang dilalui dalam kehidupan.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif PTAR dalam memperkasa budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan warga kampus. Selain memupuk minat membaca, ia juga menjadi medium perkongsian ilmu dan refleksi diri dalam kalangan peserta.