Teaching Library Programme

Program Mobile Library Di UiTM Kampus Teluk Intan

Teluk Intan, 25 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Teluk Intan telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library yang berlangsung di UiTM Kampus Teluk Intan. Program ini telah diadakan pada 25 Mac 2025, dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang, dan telah mendapat sambutan baik daripada para pelajar serta kakitangan kampus.

Program yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Pelanggan, PTAR Teluk Intan ini bertujuan untuk mendekatkan warga kampus kepada koleksi bahan perpustakaan serta memudahkan akses kepada perkhidmatan perpustakaan secara atas talian.

Sepanjang program, pelajar dan pengunjung berpeluang mengakses koleksi buku dan menggunakan pelbagai perkhidmatan perpustakaan tanpa perlu hadir secara fizikal ke perpustakaan. Usaha ini dilihat sebagai satu inisiatif mesra pengguna yang menyokong pembelajaran fleksibel dan digital dalam kalangan komuniti kampus.

Program ini bukan sahaja memperkenalkan perkhidmatan digital perpustakaan, malah memperkukuhkan peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang relevan dalam era digital.

 

Please publish modules in offcanvas position.