Sunday, 20 Jamadilakhir 1446
Sunday, 22 December 2024

Library Services

Research Writing Room

PTAR Research Writing Room

Library Policy

General Rules

  1. Penggunaan Bilik Penulisan Penyelidikan (RWR) adalah secara percuma kepada warga UiTM yang layak dan berdaftar. Perkhidmatan ini juga boleh diberikan kepada tetamu universiti yang dibenarkan.
  2. Penggunaan bilik ini hanya terhad kepada seorang sahaja bagi setiap bilik dan hanya untuk tujuan penulisan pembelajaran, pengajian dan penyelidikan akademik sahaja.
  3. Pihak Perpustakaan berhak menegur, mengarah keluar atau mengambil tindakan kepada mana-mana pengguna terhadap penyalahgunaan bilik ini atau perlanggaran peraturan perpustakaan.

Usage Time Period

  1. Pelanggan hanya dibenarkan menggunakan kemudahan bilik ini mengikut waktu operasi perpustakaan sahaja.
  2. Pengguna tidak dibenarkan membuat tempahan awal. Penggunaan bilik ini adalah secara “siapa dulu dia dapat” (First Come, First Serve).
  3. Penggunaan kemudahan ini adalah terhad untuk 8 JAM sahaja. Penggunaan bagi tempoh yang panjang perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pustakawan.
  4. Pelanggan dikehendaki memulangkan kunci 15 minit sebelum waktu perkhidmatan perpustakaan tamat.

Cleanliness

  1. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna perlu menjaga kebersihan bilik ini sepanjang masa penggunaan dan semasa meninggalkannya.
  2. Pengguna adalah dilarang membawa masuk makanan dan minuman semasa berada di bilik ini.
  3. Sila padamkan sebarang penulisan di Glass Board sebelum keluar dari bilik ini.

Safety

  1. Pelanggan perlu memastikan semua suiz ditutup dan bilik dikunci selepas menggunakannya.
  2. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya sepanjang penggunaan bilik ini.
  3. Keselamatan barangan milik individu adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
  4. Jika terdapat sebarang kerosakan, sila laporkan kepada petugas Kaunter Pengurusan Pelanggan.