Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Info Kualiti

Panel Penilai AKNC dari PTAR

Sejak tahun 2011, seramai 8 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah diberi kepercayaan dan peluang untuk dilantik sebagai panel penilai Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan kepada kepakaran dan komitmen warga perpustakaan dalam menyumbang kepada kecemerlangan institusi. Staf perpustakaan yang pernah dilantik adalah seperti berikut:

# Nama Tahun Lantikan
1 Aznur Umiza Binti Abu Kasim @ Abu Kassim 2011-2017
2018-2019
Penilai
Ketua Penilai
2 Dr. Hjh. Zalifah Binti Awang Zakaria 2009-2010
2018
Penilai
3 Dr. Nurul Aida Binti Noor Azizi 2017 Penilai
4 Nor Azwani Binti Mohamad 2021-2022
2023
Penilai
Ketua Penilai
5 Masnida Hanim Binti Che Mahmood 2021-2023 Penilai
6 Siti Aishah Binti Sadan 2023 Penilai
7 Asmah BInti Sabtu 2023 Penilai
8 Norazlin Binti Mohd. Yusof 2023 Penilai

Peranan sebagai panel penilai membolehkan pustakawan PTAR terlibat secara langsung dalam menilai amalan terbaik, budaya kerja cemerlang, dan sistem pengurusan berkualiti dalam pelbagai entiti di UiTM. Ini selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkukuh budaya kualiti dan mempertingkatkan pencapaian pengurusan secara menyeluruh.

Semoga Pustakawan PTAR terus komited dalam menyemarakkan gerakan kualiti ke arah penambahbaikan berterusan budaya kerja dan amalan terbaik pengurusan perpustakaan.