Library News

Taklimat PTAR UCS Kepada Pelajar Baharu Kemasukan Sesi Oktober 2025

Taklimat PTAR UCS Kepada Pelajar Baharu Kemasukan Sesi Oktober 2025

Kompleks Kolej Dahlia, 29 September -Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam memainkan peranan penting sebagai pusat sokongan akademik utama dalam ekosistem pembelajaran dan penyelidikan universiti. Bersempena kemasukan pelajar baharu bagi sesi Oktober 2025, PTAR telah menganjurkan Taklimat Perpustakaan sempena Minggu Destini Siswa (MDS) yang diadakan khas untuk memperkenalkan kemudahan, perkhidmatan dan sumber yang ditawarkan oleh perpustakaan kepada seramai 1,579 orang pelajar baharu.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan awal dan menyeluruh tentang fungsi serta peranan PTAR dalam menyokong kejayaan akademik pelajar sepanjang pengajian mereka di UiTM. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk memperkenalkan pelbagai kemudahan digital dan fizikal yang tersedia seperti PERMATA System, Permata Mobile App, bilik perbincangan, ruang kolaboratif, serta servis yang disediakan oleh PTAR.


Butiran Program

📅 Tarikh: 29 September 2025 (Isnin)
🕑 Masa: 11.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
📍 Tempat: Kompleks Kolej Dahlia, UiTM Kampus Puncak Alam

Program: Taklimat PTAR UCS Kepada Pelajar Baharu Kemasukan Sesi Oktober 2025

Jemputan program:

  1. Pn. Nur Fatihah Muhamad, Pustakawan 
  2. Pn. Hafiza Mustape, Pustakawan Kanan
  3. Pn Fatimah Harith, Pembantu Pustakawan Kanan
  4. Pelajar Latihan Industri

Objektif Program

  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai peranan dan fungsi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sebagai pusat sokongan pembelajaran dan penyelidikan.

  • Memperkenalkan kemudahan, perkhidmatan, dan sumber maklumat yang ditawarkan oleh PTAR Puncak Alam.

  • Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai cara penggunaan kemudahan fizikal dan digital perpustakaan secara optimum.

  • Mempromosikan platform digital PTAR seperti PERMATA Search dan Permata Mobile App.

  • Membangun kesedaran awal terhadap kepentingan budaya membaca dan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan pelajar baharu.

  • Mewujudkan hubungan positif antara pelajar baharu dan perpustakaan sebagai rakan strategik sepanjang tempoh pengajian mereka.

 

Impak Program

  • Pelajar baharu lebih bersedia dan celik maklumat dalam mengakses dan menggunakan sumber perpustakaan untuk keperluan akademik.

  • Peningkatan awal dalam kadar penggunaan sumber digital dan fizikal perpustakaan di kalangan pelajar baharu.

  • Terbentuknya budaya membaca dan pembelajaran kendiri seawal minggu pertama pengajian.

  • Mengukuhkan imej PTAR sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang mesra pelajar dan berdaya saing.

  • Pelajar menunjukkan minat terhadap program sokongan akademik yang dianjurkan oleh PTAR sepanjang tahun.


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Taklimat Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) sempena MDS Oktober 2025 berjaya mencapai objektif yang dirancang dengan penglibatan aktif daripada para pelajar baharu. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran awal tentang peranan perpustakaan dalam menyokong kecemerlangan akademik serta memperkenalkan pelajar kepada pelbagai kemudahan dan sumber yang disediakan.

Tags: ,