17 Oktober 2025 | 25 Rabiul Akhir 1447H
Seramai 93 orang staf baharu telah menyertai Taklimat Pengurusan Perkhidmatan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) sempena Program Induksi Staf Baharu Siri 5/2025 yang diadakan pada 17 Oktober 2025 di Auditorium 2, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA).
Taklimat disampaikan oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Ketua Perpustakaan PTAR HASA, dengan dibantu oleh Puan Fasihah Abdul Wahab, Pembantu Tadbir, serta Cik Nursyakirah Suhaimi, pelajar latihan industri.
Sesi ini memberi pendedahan kepada staf baharu mengenai fungsi, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan UiTM, termasuk:
⦁ Pengurusan Perpustakaan PTAR HASA
⦁ Portal Perpustakaan UiTM (PERMATA) & PERMATA MobileApp
⦁ Dasar dan Peraturan Perpustakaan
⦁ Sumber Maklumat Fizikal dan Atas Talian
⦁ UiTM e-Lib eBook, UiTM Institutional Repository, dan Electronic Question Paper System
⦁ Information Literacy Class dan Speed Reading
Taklimat ini diadakan bagi memperkenalkan peranan perpustakaan sebagai pusat rujukan utama dan sokongan akademik kepada seluruh warga Hospital Al-Sultan Abdullah.
