Library News

Taklimat dan Sesi Hands On Cadangan Pembelian Buku Rujukan Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Taklimat dan Sesi Hands On Cadangan Pembelian Buku Rujukan Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Taklimat dan Sesi Hands-On Cadangan Pembelian Buku Rujukan Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Shah Alam, 21 Ogos 2025 – Bagi memperkukuh lagi keperluan sumber pengajaran dan pembelajaran, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) telah menganjurkan Taklimat dan Sesi Hands-On Cadangan Pembelian Buku Rujukan bertempat di Ruang Eksperimental, FiTA.

Program yang berlangsung pada Khamis, 21 Ogos 2025 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ini memberi pendedahan kepada pensyarah mengenai kaedah membuat cadangan pembelian buku rujukan yang bersesuaian dengan bidang pengajaran dan penyelidikan.

Sesi ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan sistem serta prosedur cadangan pembelian buku, malah memberi peluang kepada pensyarah untuk mencadangkan bahan rujukan terkini yang dapat menyokong perkembangan akademik, penyelidikan serta kreativiti pelajar FiTA.

Dengan adanya sesi taklimat dan latihan praktikal ini, pihak fakulti berharap dapat memperkukuh koleksi rujukan perpustakaan agar lebih relevan, komprehensif, dan memenuhi kehendak semasa industri filem, teater dan animasi.

Kemaskini Bahan Rujukan