Puncak Alam, 11 November 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam menerima 19 judul dengan 57 naskhah bahan Koleksi Khas 3R (Royal, Race & Religion) daripada Jabatan Warisan Negara (JWN).
Sumbangan disampaikan oleh Encik Wan Zainal Shahriman, Ketua Unit Komunikasi JWN, kepada wakil PTAR KPA iaitu Puan Subha Ismail, Encik Mohd Ekhwan Mohamad, dan Puan Siti Zubaidah Khalid.
Sumbangan ini diharap dapat memperkayakan koleksi ilmu dan warisan negara di PTAR.

