Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Sesi Perkongsian Literasi Maklumat Bersempena Program Health Education And Awareness For Life (HEAL25) Di SMK Lundu

Sesi Perkongsian Literasi Maklumat Bersempena Program Health Education And Awareness For Life (HEAL25) Di SMK Lundu

16 JUN 2025 | 19 ZULHIJJAH 1446H (ISNIN)
SESI PERKONGSIAN LITERASI MAKLUMAT BERSEMPENA PROGRAM HEALTH EDUCATION AND AWARENESS FOR LIFE (HEAL25) DI SMK LUNDU
💡Membudayakan Celik Maklumat Bermula di Sekolah
Pada hari Sabtu yang lalu, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Sarawak telah dijemput menyertai Program Health Education and Awareness for Life (HEAL25) anjuran Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dibawah kursus Outreach Program for Information Agencies (IMD317), bertempat di SMK Lundu.
PTAR telah mengendalikan Sesi Perkongsian Literasi Maklumat kepada para pelajar dengan tumpuan khusus terhadap keperluan literasi maklumat di peringkat sekolah. Program ini turut memberi penekanan kepada peranan penting Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai pusat ilmu dan maklumat yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
Antara kandungan sesi yang dikongsi bersama pelajar dan guru ialah:
📖 Fungsi dan kepentingan PSS dalam pembangunan literasi maklumat
🔍 Kaedah mengenalpasti dan mengakses maklumat yang sahih
📱 Literasi digital dan keselamatan siber untuk remaja
💬 Etika dan tanggungjawab dalam perkongsian maklumat
Program ini selari dengan matlamat HEAL25 yang bukan sahaja menekankan kesihatan fizikal dan mental, malah turut memupuk kesedaran maklumat yang betul dan bertanggungjawab di kalangan pelajar sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta warga SMK Lundu atas sambutan yang mesra dan semangat kerjasama yang ditunjukkan. Semoga perkongsian ini menyemarakkan lagi budaya membaca, celik maklumat dan penggunaan optimum Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan generasi muda.
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.