Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Sesi Meet & Greet PTAR Bersama Fakulti Pergigian UiTM

20 Jun 2025 (Jumaat) – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh telah menganjurkan Sesi Meet & Greet PTAR bersama Fakulti Pergigian UiTM. Program ini telah berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Aras 8, Fakulti Pergigian UiTM, Kampus Sungai Buloh.

Program ini telah disampaikan oleh Encik Shahrani Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pustakawan, dan Encik Muhammad Akmal Azhar, Pustakawan UiTM Kampus Sungai Buloh, kepada lapan orang wakil daripada Fakulti Pergigian UiTM.

Hasil daripada sesi ini, PTAR berpeluang mempromosikan perkhidmatan terkini dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan, dan perkongsian pengetahuan. Inisiatif ini turut membantu meningkatkan ketampakan PTAR sebagai penyumbang kepakaran kepada warga kampus.

PTAR UiTM Kampus Sungai Buloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Fakulti Pergigian UiTM atas kesudian hadir dalam sesi Meet & Greet ini. PTAR berharap inisiatif seumpama ini akan memberikan manfaat yang besar kepada semua pihak yang terlibat, sekali gus menyokong visi dan misi UiTM dalam memperkasa bidang akademik dan penyelidikan.

Please publish modules in offcanvas position.