20 OGOS 2025 | 26 SAFAR 1447H (RABU)
SESI MEET & GREET BERSAMA FAKULTI PERAKAUNAN DAN FAKULTI SAINS MAKLUMAT
PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah membuat satu Sesi Meet & Greet With Faculty bersama Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sains Maklumat Kampus Samarahan. Program ini diketuai oleh Encik Khairil Bahrom bin Rosli (Pustakawan), dan program ini dihadiri oleh 7 orang pensyarah dari kedua-dua fakulti.
Tarikh: 19 Ogos 2025 (Selasa)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Sudut IT, PTAR Kampus Samarahan 2
Tujuan sesi meet and greet ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.
Disamping itu sesi meet & greet ini juga mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan membincangkan serta mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sains Maklumat Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.
Semoga sesi ini dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan dalam membangunkan pembudayaan ilmu UiTM sebagai sebuah organisasi pembelajaran (Learning Organisation) buat semua warga UiTM.
