Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

RESEARCH READY: Bengkel Mendeley Perkasa Penulisan & DRP Pelajar Pascasiswazah

Pada 14 Jun 2025 (Sabtu), Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Perak dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan satu bengkel penyelidikan bertajuk “Mendeley – Reference Management” bertempat di D’Hotel Seminar Room, Seri Iskandar, Perak.

Bengkel ini direka khusus untuk membantu pelajar pascasiswazah membuat persediaan awal yang lebih tersusun dan mantap menjelang Defence of Research Proposal (DRP). Seramai 43 orang pelajar pascasiswazah telah menyertai bengkel ini yang berlangsung selama dua jam penuh dengan pengisian ilmu dan latihan praktikal.

Sesi ini telah dikendalikan oleh:
👩‍🏫 Puan Nur Dayana Mohd Narwawi, Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak.

Sepanjang bengkel, peserta telah didedahkan kepada penggunaan perisian Mendeley, iaitu alat pengurusan rujukan yang amat penting dalam penulisan akademik dan penyelidikan. Antara aspek yang disentuh termasuklah:

  • Cara memuat naik dan menyusun bahan rujukan,

  • Teknik menyisipkan sitasi secara automatik dalam dokumen,

  • Pengurusan bibliografi yang sistematik,

  • Amalan etika sitasi dan elak isu plagiat dalam penulisan ilmiah.

Bengkel ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta, dan rata-rata memberikan maklum balas positif terhadap manfaatnya dalam membantu mereka meningkatkan kualiti penulisan, mengelakkan kesilapan teknikal, dan menjimatkan masa ketika menyediakan DRP dan tesis.


🎯 Objektif Bengkel:

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar pascasiswazah tentang penggunaan perisian Mendeley sebagai alat bantu utama dalam pengurusan rujukan.

  2. Meningkatkan kecekapan pelajar dalam menulis dan menyusun bahan ilmiah secara sistematik dan mengikut etika penyelidikan.

  3. Membantu pelajar membuat persediaan teknikal dan mental yang lebih mantap menjelang sesi Defence of Research Proposal (DRP).

 

Please publish modules in offcanvas position.