21 Ogos 2025 | 27 Safar 1447H (Khamis)
READ AND RISE CHALLENGE WITH PTAR
Read and Rise Challenge with PTAR anjuran Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini dirangka khusus untuk memupuk budaya membaca secara konsisten dalam kalangan warga HASA melalui cabaran membaca sebanyak 24 buah buku, sama ada melalui pinjaman bahan dari perpustakaan mahupun bahan bacaan peribadi.
🎯 Objektif utama Read and Rise Challenge with PTAR adalah untuk:
- Menanamkan tabiat membaca secara berterusan dan konsisten.
- Meningkatkan tahap literasi, kosa kata, dan pemahaman bahasa.
- Mewujudkan komuniti pembaca yang aktif serta saling menyokong.
Melalui pelaksanaan program ini, warga HASA diharapkan bukan sahaja dapat memperkayakan ilmu pengetahuan, malah membudayakan amalan membaca sebagai satu gaya hidup yang berkualiti dan bermanfaat.
📅 Program ini telah berlangsung dari 1 hingga 15 Ogos 2025. Para peserta perlu memuat naik tangkapan skrin daripada aplikasi MYREADING di portal PERMATA sebagai bukti mereka telah menamatkan 24 bahan bacaan secara atas talian.
Seramai 10 orang warga HASA telah menyertai cabaran ini, dan masing-masing menerima hadiah misteri sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh budaya membaca, malah mampu melahirkan komuniti yang berilmu, progresif, dan sentiasa berdaya saing.
