Library News

PTDI Sertai Program Johor Bersih 2.0 Demi Kelestarian Kampus

SEGAMAT, 29 Oktober 2025 – Seramai 13 orang staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah turut serta dalam Program Johor Bersih 2.0 yang berlangsung di sepanjang Jalan Universiti, kawasan kampus UiTM Johor. Program ini dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sebagai sebahagian daripada usaha menyokong inisiatif kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Penglibatan PTDI dalam program gotong-royong ini mencerminkan komitmen berterusan pihak perpustakaan terhadap agenda Johor Bersih, yang bukan sahaja menumpukan kepada aspek kebersihan fizikal, tetapi turut memperkukuh nilai tanggungjawab sivik dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga kampus.

Melalui penyertaan ini, PTDI berhasrat untuk terus menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa dan kondusif, di samping memupuk semangat kebersamaan serta budaya prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan staf dan komuniti kampus.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,