Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

PTAR UCS Umum Peminjam Buku Terbanyak Bulan Oktober 2025

Puncak Alam, Oktober 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah mengumumkan senarai peminjam buku terbanyak bagi bulan Oktober 2025 sebagai usaha menggalakkan pembudayaan ilmu dan amalan membaca dalam kalangan warga kampus.

Penerima pengiktirafan bagi kategori masing-masing adalah seperti berikut:

  • Pelajar: Pn. Norziana binti Nasir (Fakulti Pendidikan)

  • Staf Akademik: Datin Dr. Arni binti Abdul Gani (Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan)

  • Staf Pentadbiran: Pn. Nur Syuhada binti Abdullah (Hospital Al-Sultan Abdullah)

Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghargaan atas komitmen tinggi terhadap pembacaan, sekali gus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM dalam memperkukuh budaya ilmu, membaca dan perkongsian pengetahuan.

PTAR UCS terus komited menyokong agenda pembudayaan ilmu seiring aspirasi UiTM dan Dekad Membaca Kebangsaan.