Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

PTAR Perkasa Daya Baca Murid SK Iskandar Perdana

🗓️ Khamis, 12 Jun 2025
📍 Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana, Bandar Baru Seri Iskandar

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak dan Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana telah menganjurkan Bengkel Bacaan Pantas yang melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 5 dan 6 sebagai peserta.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan membaca dengan pantas dan berkesan, menjimatkan masa serta meningkatkan daya tumpuan, ingatan dan kefahaman dalam kalangan murid sekolah rendah.

Penceramah:
Encik Akhimulah Azmi, Pembantu Pustakawan
Encik Mohd Azhari bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan
(Kedua-duanya merupakan staf Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak)

Mereka turut dibantu oleh dua orang pelajar latihan industri:
Muhammad Aiman Iskandar Bin Zolfa
Ahmad Arief Izzuddin Bin Ahmad Aziziddin
(Pelajar Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, UiTM Cawangan Kedah)

Turut hadir memeriahkan dan memberi sokongan sepanjang program:
Puan Nur Aqilah binti Russli, Pustakawan Kanan
Puan Nur Dayana binti Mohd Narwawi, Pustakawan

Penyampaian hadiah kepada para peserta telah disempurnakan oleh:
Encik Shahrul Radzi bin Azizan, Penolong Kanan Kokurikulum SK Iskandar Perdana.

Program ini turut menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama dan Usahasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak dan Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana, sebagai simbol komitmen dalam memperkukuh jaringan literasi dan pembudayaan ilmu antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah rendah.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada murid-murid dan terus mencetus minat membaca dalam kalangan generasi muda. 

 

Please publish modules in offcanvas position.