Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

PTAR UiTM Antara Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang PPM 2009

KUALA LUMPUR, 6 Mei Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah terpilih sebagai salah satu daripada tiga penerima Anugerah Perpustakaan Cemerlang Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bagi tahun 2009.

Menurut kenyataan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), anugerah tersebut dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Perpustakaan Besar, Perpustakaan Sederhana dan Perpustakaan Kecil.

Bagi kategori Perpustakaan Besar, pemenangnya ialah PTAR UiTM. Kategori Perpustakaan Sederhana dimenangi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), manakala kategori Perpustakaan Kecil dianugerahkan kepada Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Majlis penyampaian anugerah, yang diadakan dua tahun sekali sejak 2005, dijadual berlangsung pada Isnin depan di Auditorium Perpustakaan Negara, di sini. Penyampaian anugerah akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar.

Setiap pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000, sijil penghargaan, piala pusingan, dan piala iringan.

Penganugerahan ini bertujuan mengiktiraf peranan perpustakaan dalam membentuk masyarakat berilmu dan progresif, meningkatkan imej perpustakaan serta profesion kepustakawanan, di samping menilai perkembangan dan pencapaian pelbagai perpustakaan di Malaysia.

Tags: ,