Library News

PTAR Explore Hunt With PERMATA Search 2025

PTAR EXPLORE HUNT WITH PERMATA SEARCH 2025


15 Oktober 2025 | 23 Jamadil Akhir 1447H
Puncak Alam – Sempena Ekspo Mini E-Sport @ PTAR UCS 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan PTAR Explore Hunt with PERMATA Search melibatkan 156 peserta.

Program anjuran pelajar Latihan Industri Fakulti Sains Maklumat ini memperkenalkan penggunaan PERMATA Mobile Apps sebagai medium utama pencarian maklumat digital secara interaktif. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk demonstrasi aplikasi, cabaran speed reading, Explore Hunt Challenge, dan kuiz interaktif.

Program ini berjaya:

  • Meningkatkan kemahiran penggunaan PERMATA Mobile Apps
  • Menggalakkan penggunaan sumber digital PTAR
  • Menyokong agenda Transformasi Digital UiTM

Secara keseluruhan, program ini berjaya memperkasa budaya ilmu dan literasi maklumat dalam kalangan warga kampus.