SHAH ALAM, 3 Oktober 2025 – Sempena Program Minggu Destini Siswa (MDS) Fakulti Alam Bina UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Alam Bina telah diberi peluang memperkenalkan perkhidmatan seperti sistem PERMATA, akses pangkalan data dalam talian serta perkhidmatan sokongan akademik yang disediakan menerusi slot taklimat perpustakaan. Taklimat yang diadakan telah disampaikan oleh Puan Hanani Rojikin selaku Ketua Perpustakaan PTAR Alam Bina. Di kesempatan ini juga, seramai 383 orang pelajar turut serta membuat lawatan ke persekitaran perpustakaan untuk mengenal dengan lebih dekat akan kemudahan yang disediakan di perpustakaan. PTAR Alam Bina merakamkan ucapan tahniah serta selamat datang kepada semua pelajar baharu dan berharap agar perpustakaan terus dijadikan hab ilmu yang kondusif dan berdaya saing dalam membentuk budaya ilmu akademik yang cemerlang.