29 Julai 2025 | 04 Safar 1447H (Selasa)
PROGRAM TELAAH BICARA BUKU BERSAMA PENULIS: “ANAK AUTISME – TERAPI DAN SOKONGAN DARI PERSPEKTIF TERAPIS”
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Bicara Buku Bersama Penulis bertajuk “Anak Autisme – Terapi dan Sokongan dari Perspektif Terapis” telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan secara langsung daripada warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hospital Al-Sultan Abdullah serta komuniti setempat.
Program ini merupakan inisiatif Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR) yang bertujuan untuk:
✅ Menyediakan platform perkongsian ilmu berkaitan pendekatan terapi dan strategi sokongan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian;
✅ Meningkatkan kefahaman dan empati masyarakat terhadap cabaran yang dihadapi oleh individu dengan autisme serta keluarga mereka;
✅ Menggalakkan sokongan komuniti terhadap pendidikan dan pembangunan anak-anak autisme;
✅ Menjadi ruang interaksi ilmiah bersama pakar dalam bidang berkaitan.
Sesi bicara ini menampilkan:
👩⚕️ Panel Telaah: Puan Shafiah Rosli, Pegawai Pemulihan Pertuturan, Jabatan Perubatan Pemulihan, HASA
🎙️ Moderator Telaah: Dr Sakinah Idris, Pensyarah Kanan Psikologi Klinikal, Jabatan Psikiatri,
Pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyertai dan memberikan komitmen terhadap penganjuran program ini.
Diharapkan program ini dapat membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih memahami dan mendukung keperluan serta potensi anak-anak dalam spektrum autisme.