Puncak Alam, 26 Mei 2025 – Warga UiTM Cawangan Selangor dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Program Semarak Ilmu @PTAR UCS yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Mei bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Puncak Alam.
Program ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sahaja menyeronokkan, malah sarat dengan ilmu dan manfaat. Antara yang bakal mencuri perhatian adalah pameran eksklusif daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Penjara Sungai Buloh, yang pastinya membuka mata para pengunjung mengenai isu-isu sosial semasa.
Bukan itu sahaja! Jangan lepaskan peluang mencuba dan membeli pelbagai produk makanan enak daripada usahawan tempatan seperti Baked with Aidan dan Teega Snack – sesuai sebagai kudapan sambil menikmati pameran.
Mahasiswa dan mahasiswi UiTM, anda turut berpeluang mengumpul e-merit menerusi penyertaan dalam pelbagai program dan pertandingan seperti:
-
Pertandingan Pengucapan Awam
-
Bengkel Speed Reading Made Easy
-
Permata @PTAR UCS
-
Sesi Book Talk Bersama Mahasiswa
-
Perkongsian Ilmu Kepakaran dalam bidang AI, AR dan VR secara siaran langsung
Program ini bukan sahaja menjadi medan ilmu, malah menggalakkan keterlibatan aktif mahasiswa dalam aktiviti luar bilik kuliah.
Jadi, tandakan kalendar anda dan jangan lepaskan peluang ini! Ayuh sama-sama kita Semarakkan Ilmu, kembangkan jaringan, dan raikan semangat pembelajaran sepanjang hayat.
Jumpa anda di PTAR, 27 dan 28 Mei ini!