Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Permata SpeedSmart Sempena Program Karnival Ilmu dan Penyelidikan UCS 2025: Kolaborasi Pintar Industri dan Mahasiswa

Program Permata SpeedSmart Sempena Program Karnival Ilmu dan Penyelidikan UCS 2025: Kolaborasi Pintar Industri dan Mahasiswa

18-19 November 2025 | 26-27 Jamadilawal 1447H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah mengadakan Program PERMATA SpeedSmart Sempena Program Karnival Ilmu Dan Penyelidikan UCS 2025: Kolaborasi Pintar Industri Dan Mahasiswa. Seramai 317 peserta telah menyertai program ini yang mana program ini juga merupakan satu inisiatif kreatif di bawah Program Pembudayaan Ilmu PTAR yang menggabungkan elemen teknologi digital dalam pencarian maklumat.

Program yang dikendalikan oleh pelajar latihan industri Fakulti Sains Maklumat ini turut memperkenalkan peserta kepada PERMATA Mobile Apps sebagai aplikasi utama untuk mengakses pelbagai sumber ilmu dan maklumat perpustakaan secara mudah, cepat dan interaktif.


Matlamat utama program ini adakah bertujuan memperkasa budaya ilmu serta meningkatkan tahap literasi maklumat dalam kalangan warga kampus melalui pendekatan yang interaktif, santai dan mesra digital.

Melalui siri ini juga turut diadakan aktiviti :

  1. Pengenalan dan demonstrasi penggunaan PERMATA Mobile Apps
  2. Cabaran speed reading
  3. Cabaran Explore Hunt menggunakan fungsi carian dalam aplikasi dan pinjaman bahan perpustakaan
  4. Sesi kuiz interaktif dan perkongsian maklumat.

 

Objektif Program :


  1. Mengukuhkan pelaksanaan Program Pembudayaan Ilmu PTAR melalui pendekatan digital dan inovatif.
    ii. Memperkenalkan PERMATA Mobile Apps sebagai platform utama untuk akses ilmu dan sumber maklumat PTAR.

 

Pelaksanaan Program PERMATA SpeedSmart telah memberikan impak positif kepada peserta, antaranya:

  1. Meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan PERMATA Mobile Apps dalam mengakses sumber digital PTAR.
  2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan berfokus kepada kemahiran literasi maklumat.
  3. Menggalakkan penggunaan sumber maklumat digital PTAR dalam kalangan warga kampus.
  4. Menyokong agenda Transformasi Digital UiTM melalui penerapan teknologi dalam pembelajaran dan penyelidikan.

Secara keseluruhannya, Program ini berjaya mencapai objektif program dengan memperkukuh budaya ilmu serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kemahiran literasi maklumat di era digital. Program ini diharapkan dapat diteruskan secara berkala dengan penambahbaikan dari segi cabaran dan integrasi teknologi baharu bagi menarik lebih ramai penyertaan warga kampus.

 

Tags: