Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Pengedaran ‘Enchanteur Chic Mon Cheri’ Di PTAR Kampus Bandaraya Melaka

Pada 24 Jun (Selasa) yang lalu, satu program pengedaran ‘Enchanteur Chic Mon Cheri’ diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini bertujuan untuk memeriahkan suasana perpustakaan sambil memberikan penghargaan kepada pengunjung melalui pemberian percuma pewangi poket Enchanteur Chic Mon Cheri.
 
Para pengunjung yang hadir berpeluang mendapatkan pewangi poket secara percuma selagi stok masih ada. Program ini merupakan hasil kerjasama antara MYC! (Malaysia Youth Community), Jabatan Penyelidikan, Perhubungan Industri dan Inovasi (PJI) UiTM Melaka, dan PTAR UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
 
Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.