26 JULAI 2025 | 1 SAFAR 1447H
PROGRAM LIBAT URUS BERSAMA FAKULTI: FSG, FPA, FSKM & ACIS
PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah mengadakan sesi libat urus bersama fakulti yang terdapat di Kampus Mukah. Antara fakulti yang terlibat adalah Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perladangan & Agroteknologi, Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari. Sesi libat urus telah disampaikan oleh Encik Adi Azri Mohamad, Pustakawan dan juga Encik Tahir Raya, Pembantu Pustakawan Kanan.
PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah mengadakan sesi libat urus bersama pihak fakulti adalah untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan staf akademik. Selain itu, sesi libat urus ini juga adalah untuk mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM. Tambahan lagi, sesi libat urus ini bertujuan membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan. Sesi libat urus ini juga memberi peluang perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Fakulti.
Tarikh : 26 JULAI 2025 | 1 SAFAR 1447H (SABTU)
Masa : 8:00 - 10.00 pagi
Tempat : PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah