Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Khidmat Masyarakat "Smart Youth Strong Community"

Program Khidmat Masyarakat "Smart Youth Strong Community"

7 JULAI 2025 | 11 MUHARRAM 1447H (ISNIN)
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "SMART YOUTH STRONG COMMUNITY"
 
Program Khidmat Masyarakat “Smart Youth, Strong Community” di Masjid Al-Abyad telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Julai 2025 yang lalu (Sabtu). Penganjuran program ini melibatkan kerjasama bersama UiTM Cawangan Sarawak, Masjid Al-Abyad, Pewani UiTM Cawangan Sarawak, PTAR UiTM Cawangan Sarawak, Kelab Belia Taman Matang Jaya dan National Kidney Foundation. Lokasi utama penganjuran program ialah di Masjid Al-Abyad. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk silaturrahim dan semangat kekitaan di kalangan penduduk setempat dengan universiti tempatan yang terlibat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian maklumat berkaitan AI (Artificial Intelligence) yang disampaikan oleh En. Khairil Bahrom bin Rosli, Pustakawan PTAR kampus Samarahan 2, program saringan kesihatan percuma, permainan interaktif untuk belia dan pegubahsuaian pusat sumber masjid.
 
Matlamat program khidmat masyarakat ini juga adalah untuk memupuk kedatangan para belia ke masjid supaya dapat melakukan aktiviti yang membawa manfaat seperti mengimarahkan masjid. Program ini melibatkan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) untuk perkongsian Kemahiran Maklumat supaya para belia dapat memahami dengan lebih mendalam tentang penggunaan ICT. Selain itu, program ini juga dapat memberi pendedahan berkaitan kepentingan kesihatan kepada penduduk setempat kerana adanya program saringan kesihatan percuma.
 
Program telah dihadiri oleh 40 orang pelajar UiTM Cawangan Sarawak, 25 orang belia, 72 orang penduduk setempat, 2 orang Pustakawan PTAR Samarahan 2, 5 orang AJK Pewani, 5 orang AJK Masjid Al Abyad, dan 6 orang kakitangan daripada National Kidney Foundation.
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.