Library News

Program Kepustakawanan & Pengurusan Pusat Sumber (PSS) Negeri Selangor 2025 Perkukuh Peranan Guru Penyelaras Pusat Sumbar Sekolah Negeri Selangor PSS

Program Kepustakawanan & Pengurusan Pusat Sumber (PSS) Negeri Selangor 2025 Perkukuh Peranan Guru Penyelaras Pusat Sumbar Sekolah Negeri Selangor PSS

Puncak Alam, 29 Oktober 2025 | 7 Jamadil Awal 1447H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Negeri Selangor (PPNS) melalui Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) serta Fakulti Sains Maklumat UiTM telah berjaya menganjurkan Program Kepustakawanan dan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Negeri Selangor 2025 pada 28 hingga 29 Oktober 2025.

Program ini menghimpunkan seramai 50 orang Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS) terpilih dari seluruh negeri Selangor dengan objektif memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pengurusan PSS secara profesional, inovatif serta seiring dengan tuntutan pendidikan abad ke-21.

Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta telah mengikuti empat modul utama yang merangkumi:

  1. Transformasi Digital: Pengurusan dan Perkhidmatan PSS

  2. Literasi Maklumat untuk Pengajaran, Pembelajaran & Penyelidikan Guru

  3. Asas Pengkatalogan

  4. Perancangan dan Reka Bentuk Perpustakaan

Kesemua modul ini disampaikan oleh penceramah berpengalaman daripada PTAR dan Fakulti Sains Maklumat UiTM. Selain itu, program turut menampilkan aktiviti Bacaan Pantas, satu inisiatif menarik bagi menggalakkan amalan membaca yang lebih efektif dan menyeronokkan.

Menurut wakil penganjur, penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform strategik untuk memperkukuh kompetensi guru penyelaras PSS serta memperkasa peranan mereka dalam menyokong pengurusan sumber pendidikan dan literasi maklumat di sekolah.

PTAR UiTM Cawangan Selangor turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan kerjasama, penceramah dan peserta atas komitmen dan sokongan yang telah menjayakan pelaksanaan program ini.

Tags: