Library News

Program Budaya Ilmu Komuniti Sekolah: Pengenalan Bacaan Pantas & Literasi Maklumat

SEGAMAT, 30 Oktober 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat telah menganjurkan Program Budaya Ilmu Komuniti Sekolah: Pengenalan Bacaan Pantas dan Literasi Maklumat bertempat di Sekolah Kebangsaan Sepinang, Segamat.

Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini disertai oleh seramai 58 orang murid tahun 4, 5 dan 6. Tujuan utama penganjuran ialah untuk memperkenalkan teknik bacaan pantas serta kemahiran literasi maklumat yang efektif kepada pelajar sekolah rendah, sekali gus menyokong saranan Ketua Pustakawan UiTM agar universiti menyumbang secara langsung kepada peningkatan ilmu pengetahuan dalam komuniti setempat.

Selain membantu pelajar menguasai kemahiran membaca dengan lebih pantas dan berkesan, program ini juga diharap dapat menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik dan markah kokurikulum mereka. Aktiviti yang dijalankan turut menekankan kepentingan membaca sebagai asas kepada pembentukan masyarakat berpengetahuan dan berdaya saing.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif penganjuran dengan memberikan impak positif kepada para peserta. PTDI berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan sebagai program tahunan bagi memperkukuh hubungan universiti dan komuniti — selaras dengan Petunjuk Prestasi (PI8) UiTM yang menekankan penglibatan kolaborasi bersama komuniti.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,