Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Podcast PTDI On Air Episod 1: Mengupas Dunia Kepustakawanan Sempena Hari Pustakawan

Podcast PTDI On Air Episod 1: Mengupas Dunia Kepustakawanan Sempena Hari Pustakawan

SEGAMAT, 6 Jun 2025 – Program PTDI On Air telah melancarkan episod sulungnya bertemakan Podcast Hari Pustakawan: Citra dan Cendekia bagi memperingati sambutan Hari Pustakawan 2025. Program yang disiarkan pada 6 Jun 2025 jam 10 pagi ini mendapat sambutan hangat melalui platform YouTube.

Episod pertama ini menampilkan perbincangan santai tetapi penuh isi bersama moderator En Ahmad Akmal Mohd Idris serta panel-panel berkaliber iaitu Puan Mawar Noor Abdullah, Puan Siti Rozana Mat Sanat dan Puan Noredayu Rosli. Perbincangan memberi tumpuan kepada citra perpustakawanan, cabaran semasa dan perspektif masa depan bidang kepustakawanan di Malaysia.

Penonton dapat menikmati kupasan yang padat dan bermakna, sesuai untuk golongan profesional perpustakaan, pelajar serta masyarakat umum yang berminat dalam dunia ilmu dan maklumat. Selain itu, program ini turut menyediakan 1 jam latihan yang diiktiraf kepada peserta yang mengikuti sesi ini.

Menurut penganjur, PTDI On Air dirancang sebagai platform berterusan untuk menyebarkan ilmu dan maklumat berkaitan kepustakawanan serta memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap peranan penting pustakawan dalam era digital masa kini.

Rakaman penuh boleh ditonton melalui pautan rasmi YouTube Perpustakaan Tun Dr. Ismail di pautan Youtube

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.