Library News

Penggunaan Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) Membantu Dalam Penghasilan Kandungan Media Yang Lebih Menarik

Penggunaan Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) Membantu Dalam Penghasilan Kandungan Media Yang Lebih Menarik

31 Oktober 2025 | 9 Jamadil Awal 1447H

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam amat bertuah menerima kehadiran dua orang pelajar latihan industri daripada Universiti Walailak, Thailand, yang berkemahiran dalam penghasilan kandungan media menggunakan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI).

Dua pelajar tersebut, Tasneem Hayeekade dan Taratip Yongstar, telah berkongsi ilmu dan teknik asas penggunaan teknologi AI dalam menghasilkan bahan promosi digital. Perkongsian ini memberi tumpuan kepada cara-cara mempromosikan bahan bacaan baharu, khususnya koleksi terkini di PTAR Kampus Puncak Alam, kepada warga perpustakaan serta pustakawan yang hadir.

Melalui sesi perkongsian ini, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada potensi penggunaan AI dalam bidang komunikasi perpustakaan, tetapi juga digalakkan untuk berfikir secara kreatif dalam penghasilan kandungan media yang lebih menarik dan berimpak tinggi.

PTAR berharap sesi seperti ini dapat memperkaya idea dan kemahiran staf dalam usaha memperkukuh strategi promosi serta memperkenalkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di PTAR Kampus Puncak Alam.

Sekian.