Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Pengenalan kepada  Google: Kursus ICT Anjuran PEWANI dan Perpustakaan Al-Bukhari

Pengenalan kepada Google: Kursus ICT Anjuran PEWANI dan Perpustakaan Al-Bukhari

 

BANDAR JENGKA, 12 Februari 2025 – Kursus ICT: Pengenalan kepada Google telah berjaya dianjurkan oleh PEWANI UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Kursus ini telah berlangsung di Bilik ICT Perpustakaan Al-Bukhari dan disertai oleh peserta daripada pelbagai latar belakang yang berminat untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi digital.

Kursus ini memberi fokus kepada pengenalan menyeluruh terhadap produk dan perkhidmatan utama dalam ekosistem Google seperti Google Search, Gmail, Google Drive, Google Docs, Google Sheets, Google Slides, Google Calendar dan Google Meet. Ia sesuai untuk pemula yang ingin memahami cara memanfaatkan aplikasi-aplikasi ini untuk komunikasi, penyimpanan data, dan tugasan harian secara produktif.

Antara kandungan kursus merangkumi:

  • Pengenalan kepada Google: Sejarah dan perkembangan syarikat

  • Akaun Google: Panduan pendaftaran dan pengurusan akaun

  • Google Search: Teknik carian berkesan dan penggunaan operator carian

  • Gmail: Cara menghantar dan menerima e-mel, pengurusan label dan folder, serta ciri keselamatan

  • Google Drive: Penyimpanan dan perkongsian fail, termasuk tetapan keselamatan

  • Google Docs, Sheets & Slides: Asas penyuntingan dokumen serta kolaborasi masa nyata

  • Google Calendar & Google Meet: Pengurusan jadual dan mesyuarat dalam talian

  • Keselamatan dan Privasi: Langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan perkhidmatan Google

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Roslan bin Mamat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari UiTM Cawangan Pahang, yang berkongsi maklumat secara terperinci serta memberikan bimbingan praktikal kepada para peserta.

Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan literasi digital dalam kalangan warga kampus serta menggalakkan penggunaan teknologi secara berkesan dalam tugasan seharian.

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.